jadi apa yang menghalang anda?
Setelah peranti anda siap di ROOT, maka banyaklah modifikasi boleh dibuat , seperti. Menambah senarai aplikasi baru untuk (pen windows), menambah banyak lagi modifikasi dengan aplikasi android Xposed mods,atau meninstall costom rom, yang memang punyai banyak function2/ UI baru kepada note 3 kesayangan anda.
Untuk membuat ROOTING lebih mudah pada anda, saya akan meletakkan prosedur keseluruhan di sini. Walaupun ia adalah satu proses ROOTING satu klik, terdapat beberapa persediaan awal yang terlibat, seperti membuat BACKUP pada note 3 anda dan memasang perisian KINGO(flasher + rooter) pada PC Windows anda..
keadah ini sesuai untuk note 3 jellybean 4.3/ kitkat 4.4.
LANGKAH 1 : BACKUP( PILIHAN)
Sebagai langkah berjaga-jaga, membuat BACKUP peranti keseluruhan anda dengan perisian Samsung Kies dalam hal apa-apa masalah dengan proses ROOTING
LANGKAH 2 : PERIKSA USB KABEL DAN SAMBUNGAN
Berhati-hati bahawa kejadian paling biasa gagal percubaan ROOTING berpunca dari kabel USB rosak, sambungan longgar dan bateri peranti yang rendah, jadi pastikan kabel anda dalam keadaan baik dan anda mempunyai sekurang-kurangnya 50 peratus bateri atau di shorkan 70-80% yang tinggal sebelum meneruskan proses ROOTING.
LANGKAH 3 : MENAKTIFKAN USB DEBUGGING
pergilah ke Settings ->General -> Developer options dan aktifkan >>USB debugging supaya telefon anda boleh beryambung dengan betul ke komputer anda.

.jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)
Jika anda tidak mempunyai sebarang pilihan Developer options, pergi ke Settings ->General ->About device->Build Number dan tekan 7 kali pada Build Number untuk memjelmakan Developer option.
Arahan:
1.Download Odin v3.09 dan fail root untuk N9005XXUENC2 .
2.Extrap CF- root zip fail yang anda muat turun lebih awal dari atas link, anda akan mendapat . Nama fail (tar.md5) dibelakangnya .
3.Extract Odin fail zip dan anda akan mendapat Odin v3.09.exe bersama-sama dengan beberapa fail lain.
4 Matikan peranti Android anda. Tunggu 5-6 saat untuk getaran untuk mengesahkan off.
5. Letakkan Galaxy Nota 3 LTE SM- N9005 dalam Download Mode dengan menekan dan menahan Volume Down(-) + HOME + butang Kuasa bersama-sama. akan keluar amaran pada skrin( seprti gambar di bawah) ; tekan butang Volume Up untuk memasuki Download Mode

6.Jalankan Odin v3.09.exe sebagai Administrator kerana keistimewaan Admin diperlukan untuk melengkapkan proses tersebut dengan lancar (hanya Windows Vista dan lebih tinggi).
7.Sambungkan peranti anda kepada PC menggunakan kabel USB. dan anda akan mendapati kotak "ID:COM" pada Odin akan menyala warna (biru) menandakan note 3 telah berhubung baik dengan odin.. Jika kotak tidak menyala maka anda boleh cuba port USB lain (cuba port USB yang terletak di belakang di desktop PC ). Jika itu juga tidak berjaya maka anda perlu memasang semula driver pada PC anda...
8.Click Butang AP, dan pilih yang CF-Auto-Root-hlte-hltexx-smn9005.tar.md5 fail yang anda dapat dalam arahan no 2.
9.Dalam tetingkap Odin , pastikan hanya Auto Reboot dan F. Reset kotak Time dipilih.
10.Memeriksa segala-galanya yang telah dinyatakan dalam Langkah 8 Langkah 9 & atas. Bila berpuas hati tekan butang START untuk memulakan proses ROOTING/flashing
11.Bila selesai, Galaxy anda Nota 3 LTE SM- N9005 akan restart/reboot secara automatik(jangan cabut usb kabel, off kan telefon atau tutup ODIN sehingga keluar mesej (PAS) dengan latar belakang (hijau) pada kotak ID:COM tadi. bila selesai anda boleh download aplikasi android ROOT CHECKER untuk mengesahkan status root berjaya atau tidak.
No comments:
Post a Comment